Monday, August 4, 2014

Cheer Up For Monday


Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah dah hari Isnin hari ke-8 umat Islam menyambut Hari Raya AidilFitri tahun ni. InsyaAllah tahun ni aku nak cuba laksanakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ni. Tekad and azam jangka masa pendek bulan ni. Aku sangat bersyukur kerana pada tahun ni buat pertama kalinya untuk keberapa lama entahnya aku berjaya melaksanakan solat sunat Tarawih cukup 29 malam tanpa ada tuang..hehe..dan harapnya dikurniakan pahala berlipat kali ganda Lailatul Qadar.. Amin

Salam AidilFitri.. Maaf Zahir Batin 0-0


Assalamualaikum wbt.. Di kesempatan ini masih belum terlambat untuk HY ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri; Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini dan diharapkan kita semua di dalam limpah rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Amen :)

Alhamdulillah, raya tahun ni tetap meriah tetapi kurang suara-suara sepupu yang pulang beraya kerana semua beraya di Johor. Abah beraya di perantauan seperti biasa; 3 hari Acheh, 3 hari Filipina. Pagi raya, setelah selesai menunaikan solat sunat AidilFitri, kami ke kubur Tok Wan, Tok Mek dan Tok Budin.

Pulang ke rumah kami sambung menikmati juadah rendang ayam, lemang, ketupat dan pelbagai macam kuih muih yang sangat sedap. Air tangan emak la katakan..hihi..